
al-Muslimah 221 Julai 2010
- “Banyak produk dan bahan makanan yang dihasilkan di pasaran tidak mempunyai sijil halal yang sah. Sedangkan perkara halal ini perkara yang sangat penting dalam Islam. Sebab itu tidak hairan hari ini kita menghadapi banyak masalah keruntuhan akhlak golongan muda, kerana antara faktor yang sangat penting tetapi ramai yang tidak sedar ialah berpunca daripada makanan yang tidak halal atau syubhat yang akan menggelapkan hati.” – Bersama berkongsi kisah dengan penghias wajah Muslimah kali ini.
- Gejala curang menjadi tragedi dalam rumah tangga. Apatah lagi dalam rumah tangga Islam. Gejala isteri curang lebih mendukacitakan dan dilaporkan semakin menjadi-jadi mutakhir ini. Apakah puncanya dan bagaimana mengatasinya? Ikuti perbincangannya dalam topik Muslimah bulan ini.
- “Bahawasanya orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain, dan bahawasanya seorang manusia tidak akan memperolehi selain apa yang telah diusahakannya.” Justeru bagaimanakan kedudukan anak zina dalam Islam. Layakkah mereka masuk syurga? Ikut perbincangan menarik kali ini.
- “Setelah mengalami kekalahan dalam pilihanraya pertama yang saya sertai pada tahun 1999 di Melaka, barulah saya faham dengan kata-kata arwah. Ia menjadi peringatan yang sangat berguna sehingga ke hari ini dan itulah bentuk galakan yang benar-benar harus difikirkan oleh sesiapa yang ingin terlibat dalam politik, terutama parti pembangkang.” Berkongsi kenangan manis personaliti lelaki bulan ini bersama almarhum ayahandanya yang tercinta.
DAPATKAN MAJALAH AL-MUSLIMAH BIL 221 DI PASARAN JULAI 2010.