- “Sangat cantik tarbiyah Allah beri kerana fasa awal bekerja sebagai penjual roti banyak mengajar Adi dengan kerja sekarang. Rupa-rupanya Allah mahu mengajar Adi untuk bersifat merendah diri dengan semua orang.” Kenali penghias wajah kali ini.
- Kelahiran 17,303 anak luar nikahbagi tahun 2009, jika dibuat perkiraan bersamaan dengan 1,442 kes sebulan atau lebih 48 kes sehari. Secara purata, kes kelahiran anak luar nikah di negara kita sepanjang tahun berlaku setiap 30 minit bagi satu kes. Satu gambaran yang cukup mengerikan dan sekiranya tidak dibendung ia akan meruntuhkan masyarakat. Ikuti perbincangannya dalam topik kali ini.
- Ada yang lihat Islam dari bahagian-bahagian dan sudut-sudut tertentu sahaja, ia akan faham mengikut apa yang dilihat dan membina tasawwur berdasarkan kepada maklumatnya itu dan membina keyakinan atas asas tersebut. Lalu mengajak orang lain bersama-samanya mendokong kefahamannya. Keadaan ini akan menimbulkan salah faham tentang Islam sama ada di kalangan umat Islam atau pun bukan Islam. Bersama membina tasawwur Islam yang mantap.
- Fenomena ‘telur berdiri’, antara keajaiban tatkala berlaku gerhana matahari. Ruangan falak kali ini mengupas isu gerhana matahari; punca, faktor dan juga perbincangan mengenai sebagaimana yang tersurat di dalam al-Quranulkarim.
DAPATKAN MAJALAH AL-MUSLIMAH 219 DI PASARAN






