- “Perkahwinan itu mudah, tapi ia jangan dipandang mudah. Perlu bersiap sedia untuk satu tanggungjawab yang lebih besar dan difikirkan secara mendalam,” bersama penghias kulit Muslimah bulan ini, Wardina Saffiyah.
- Usia muda merupakan peringkat umur yang sangat mencabar dan sangat mudah terjebak dengan maksiat. Ketika itu nafsu paling memuncak, paling mudah terangsang. Justeru, tidak hairanlah jika golongan ini dilaporkan terlibat dengan seks luar nikah dan isu pembuangan bayi. Wajarkah golongan ini disarankan agar berkahwin di usia muda? Ikuti perbincangan topik bulan ini.
- Sejak peristiwa 11 September 2001, umat Islam semakin kerap dikaitkan dengan keganasan. Malah sikap Islamofobia juga menjadi-jadi. Benarkah Islam agama yang ditegakkan atas dasar keganasan? Bersama menelusuri fakta sahih mengenai Islam.
- Tahukah anda bahawa kalendar Hijrah dibentuk pada setiap tahun menerusi kaedah Imkanur Rukyah? Apa pula kaedah Imkanur Rukyah? Bagaimana pula kaedah rukyah dan hisab yang digunapakai untuk mewujudkan kalendar? Berkongsi ilmu dalam ruangan falak bulan ini.
DAPATKAN MAJALAH AL-MUSLIMAH BIL 220 KELUARAN JUN 2010 DI PASARAN.






